Polisi Belajar Sekejap

Refund Policy

Kemaskini Terakhir: Jun 2026

Belajar Sekejap menyediakan akses kepada kursus, modul, video latihan, bahan digital dan kandungan pembelajaran secara dalam talian.

Polisi Pemulangan Wang

Semua pembelian kursus, modul, keahlian dan produk digital di Belajar Sekejap adalah muktamad dan tidak boleh dipulangkan (non-refundable).

Oleh kerana produk yang dijual adalah dalam bentuk digital dan akses diberikan serta-merta selepas pembayaran berjaya dibuat, kami tidak menawarkan pemulangan wang selepas akses diberikan kepada pelanggan.

Pelanggan dinasihatkan untuk membaca penerangan produk, kandungan kursus dan maklumat yang disediakan sebelum membuat pembelian.

Walau bagaimanapun, permohonan pemulangan wang boleh dipertimbangkan sekiranya:

  • Berlaku pembayaran berganda (duplicate payment).
  • Berlaku kesilapan teknikal daripada pihak sistem yang menyebabkan pelanggan tidak menerima akses kepada produk yang dibeli.
  • Situasi khas yang dipersetujui oleh pihak pengurusan Belajar Sekejap.

Sebarang permohonan berkaitan pembayaran hendaklah dibuat dalam tempoh 7 hari daripada tarikh pembelian dengan menghubungi pasukan sokongan kami.

Hubungi Kami

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan polisi ini, sila hubungi: